Titipan Khas buat nuqaba'

Friday, March 23, 2012

Entri kali ini, suka aku ingin berkongsi   titipan khas buat nuqaba' daripada beberapa orang ustaz termasuklah Ustaz Idris bin Mohd Yusof, Imam Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi…ketika Kursus Induksi Nuqaba’ anjuran MTEN, Julai (2011) dan Ustaz Syaari Al-Fateh (2012)

Sebelum berganjak lebih jauh, mungkin ramai yang tertanya, apa yang dieertikan dengan naqib? Dalam bahasa Arab, perkataan naqib berasal daripada naqqaba – yunaqqibu- munaqqab, yang membawa maksud yang dipilih dari kalangan yang terpilih secara halus. (Ust. Abdullah Hamzah, Februari 2012, Liqa’ Nuqaba’) Secara ringkasnya, sejarah penggunaan perkataan naqib bermula di zaman Rasulullah, di mana Rasulullah melantik 12 orang naqib pergi ke Madinah untuk berdakwah.

Bingkisan Bicara Ustaz Idris Bin Mohd Yusof (2011)

Setkan minda nuqaba’ “usrah itu menyeronokkan”
Pelajarilah sesuatu daripada ‘anak usrah’ = mad’u
Hindarkan diri daripada mentaliti perasaan ‘berat’ dalam memikul amanah..

·         Naqib Mesti Berjiwa Besar
·         Murabbi
·         Membina Cabaran
·         Pendengar yang baik
·         Perunding
·         Perantara

·         Menjadi contoh teladan
·         Mengikat hati- naqib dengan mad’u
·         Berperingkat dalam memberi tanggungjawab
·         Memudahkan bukan menyusahkan
·         Menyentuh prinsip Islam sebelum perkara yang bercabang
·         Membesarkan hati sebelum memberi ancaman

Langkah-langkah usrah yang berkesan
·         Kenali ahli usrah
·         Rancang program pengisian
·         Segarkan usrah dengan suasana perbincangan
·         Bertindak sebagai pemimpin tempat bernaung
·         Berikan tugas kepada ahli usrah

Tips menjadi Naqib Yang berpengaruh
·         Sentuhan dakwah fardiyah (pergi rumah mad’u, keluar makan bersama-sama, musafir)
·         Pendengar yang baik
·         Membawa agenda positive thinking sebagai motivasi (kurangkan perkataan tidak boleh)
·         Optimis
·         Ada kelebihan yang perlu ditonjolkan (cuba check pada diri, ape kelebihan yang perlu ditonjolkan supaya timbul rasa hormat dan kepercayaan anak usrah kepada naqib)
·         Umpan luahan untuk mencungkil dan mengenal
·         Mencabar diri sendiri untuk menangis di hadapan anak usrah
·         Bersikap demokrasi bukan autokrasi dalam usrah
·         Idea segar
·         Banyakkan memberi (berkorban harta, masa , diri)
·         Membina suasana usrah yang muhibbah
·         Mengenal minat anak usrah dan menggilap bakat yang ada
·         Fleksiblekan usrah
·         Elakkan diri bersikap dictator
·         Perlu berjiwa besar
·         Jangan berputus asa andai matlamat tidak tercapai
·         Jangan lahirkan pengikut, tapi lahirkan pemipin demi masa depan Islam yang lebih gemilang
·         Wujudkan suasana ‘brainstorming’ bukan blamestorming
·         Rajin buat eksperimen terhadap anak usrah
·         Banyakkan saham akhirat
·         Berdoa
·         Jangan abaikan dakwah fardiyah
·         Jangan tunggu anak usrah contact naqib, tapi naqib yang perlu contact terlebih dahulu
·         Ikhlaskan niat

“what you give, you get back”

Kesan ikhlas, “kebaikan yang kita beri sebelum ini akan kembali kepada kita  walaupun daripada pihak yang bukan kita berikan kebaikan”

“Jangan kita mengharapkan terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya’



Bingkisan Bicara Ustaz Syaari Al-Fateh (2012)

Naqib mencetak manusia (yang membentuk karakter manusia), bukan seperti mencetak buku

·         Menangi hati ahli usrah..
·         Masa baca doa rabithah, ingat wajah ahli usrah2..
·         Laksanakan solat sunat 2 rakaat tahajud sebelum berusrah

4 in 1 watak Naqib (Hassan Al Banna)
1.       Watak seorang ayah (yang mesti tegas dalam didikan)
2.       Watak seorang ibu (yang memahami dan prihatin akan welfare, kewangan, kesihatan, keadaan ahli usrah)
3.       Watak seorang mursyid (yang sangat menitikberatkan tarbiyah- spiritual etc)
4.       Watak Qaid (bagi arahan/task)

3 Langkah Untuk Lebih Mengenali Ahli Usrah
1.       Tidur bersama-sama
2.       Makan bersama-sama
3.       Musafir bersama-sama

Ciri-ciri Naqib  BEST GILER
1.       Solat 2 rakaat sunat tahajud sebelum usrah
2.       Bawa makanan
3.       Pandai buat lawak
4.       Story teller
5.       Banyak aktiviti
6.       Pembawaan Santai dan sesuai mengikut situasi

Ciri-ciri Naqib BORING GILER
1.       Payah nak senyum
2.       Baca teks
3.    Naqib yang tak ingat nama ahli usrah (benda yang boleh menyentuh hati ahli usrah ialah, naqib boleh hafal no.telefon dan tarikh lahir ahli usrah)
4.       Naqib yang berkira/kedekut
5.       Naqib yang tegur kesalahan direct dalam usrah

0 comments:

Post a Comment

FLAGCOUNTER

free counters