Pesanan ABI buat Abna' !

Saturday, March 30, 2013



..kenapa mudah sangat 'merajuk',..'jauh hati',..dan 'tawar hati' dlm jama'ah..hanya semata-mata ditegur, diberi pandangan, berbeza pandangan, atau pandangan antum tidak diterima...ianya mungkin berpunca dari jiwa yang lemah..lemah hubungan jiwanya dgn Allah..hati yang tidak khusyu' dalam solat apatah lagi di luar solat..membaca Al Quran tapi tidak mentadabburnya...wirid2 ma'thur yang tidak berkekalan..selalu cuai, ...solat fardhu terabai..tidak berjama'ah..tambah lagi solat sunat hanya bila terpaksa...semuanya itu hanya menghasilkan jiwa yang lemah ( tidak kuat ) sedang seorang pejuang wajiblah seorang yang kuat jiwanya...the strong will survive !!
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿١٦
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
( As Sajadah : 16 )


....sayangnya kalau hidup kelihatan berjama'ah tetapi hati-hati berpecah ..tiada ukhuwwah yang tulus dan bersih...."
تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ
engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah ( Al Hasyr :14)


...kalau nak menegur sahabat, ..jangan berasa diri sendiri lebih baik dari sahabat tu.. ...
merasa diri lebih baik bererti memandang rendah pada orang lain... 


' Sebaik2 kamu ialah seorang yang memandangnya (membawa) mengingatkan kamu pada Allah, mendengar ucapannya menambah amalan kamu, melihat amalannya menggemarkan kamu kepada akhirat..' Al Hadith


..sahabat2 jama'ah adalah darah daging kita dalam ukhuwwah..
.Kehalusan hati dan jiwa shj yang mampu dapat merasai tanggungjawab ukhuwwah..


...banyak kebencian hanya muncul disebabkan oleh prejudis dan kejahilan..dan inilah tabir yang paling besar merosakkan ukhuwwah...

.Ukhuwwah sebenar adalah hubungan ruhi ..yg mngalirkan air mata apabila merinduinya..

Wahai anak2 ku...kalaulah sahabatmu berbeza pandangan denganmu..berbaik sangkalah padanya,..janganlah didahulukan buruk sangka dan prejudis padanya...mungkin ilmunya, rujukannya, cara berfikirnya, jiwa dan perasaannya,..dan latar belakangnya berbeza daripada mu...buruk sangka dan prejudis hanya akan menyebabkan dadamu sempit terhadapnya..sedangkan martabat ukhuwwah yang paling rendah ialah berlapang dada terhadap saudaramu...walau pun berbeza dia tetap sahabatmu..dia tetap akh fillah..ukht fillah...dia bukan musuhmu...kasihilah ia, maafkanlah ia...


' Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka , dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. ' ( Ali 'Imran : 159 )



مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ﴿٢٣)
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
..apakah kita termasuk di kalangan yang menanti-nanti giliran untuk syahid fi sabilillah



...tak banyak yang kita minta pada Allah,..sedangkan Dia Maha Kaya.., terlalu banyak yang Dia beri pada kita,..sedangkan kita teramatlah miskin...
(يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّـهِ ۖ وَاللَّـهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ ﴿١٥
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


..dalam hidup ni memang banyak persimpangan,..perlu tengok 'sign board' yang betul supaya jalan diambil adalah pilihan yang betul...


...kalaulah pahala itu adalah Ringgit Malaysia..nescaya penuh masjid dan surau ...


..Mmg pejuang seorang yg sgt sibuk..cara hidupnya..aktivitinya..tekanan sekelilingnya..namun jagalah qiyamuLlail, bacalah dan tadabburlah Al Quran,..istiqamahlah dgn Al Ma'thurat..only the strong ruh will survive in jihad fi sabillah..


..jangan rasa kenyang dgn ilmu, sbb bila dah rasa kenyang org akan jadi jemu..jadilah org yang tak kenyang2 dgn ilmu..sbb org beriman sentiasa tamakkan ilmu...


..Mohonlah padaNya kekuatan - hati, keikhlasan, jiwa dan istiqamah dlm mengharungi perjuangan yg berat ini, juga..pohonlah keselematan dan perlindungan dari kejahatan dan fitnah musuh-musuhNya..dan ..pohonlah kemenangan samaada di dunia mahupun di akhirat..


Assalamualaikum Abi..
nak tanya sikit n mntk pdgan abi
1) mcm mana nak wujudkan satu usrah yang menarik
2) mcm mana nak pastikan dalam usrah mak/pak naqib mampu melahirkan org yg mampu bawa usrah means (dalam usrah mcm mana nak bentuk pembinaan nuqaba yang baik)
3) dalam usrah pasti ada silibus kiat guna, cuma diperingkat mak/pak naqib mcm mana nak nampakkan silibus yg dibawa nampak fleksibel dan menjejak kepada realiti.. tidak diawang2an semata2...
4) pendapat abi berkaitan retorik dalam berusrah dan berukhwah
5) pastu mcm mana kita nak ukur kefahaman anak usrah? adakah bagi borang suruh isi atau ada kaedah yang lebih menarik dan praktikal...
Jwpn abi:
Jadikan usrah benar2 sbagai keluarga..suka duka bsama..kongsi apa shj..jadikan usrah satu kehidupan..apa shj yg diperlukan dlm hidup ada dlm usrah..ilmu, iman, hiburan,..dll, silibus hanya panduan xleh rigid..sdangkan source khidupan bgitu banyak di sekeliling..
Nak jadikan mreka nuqaba..tnamkan kesedian ditarbiyyah dan mtarbyyah..melalui penglibatan dan pendedahan mengendalikan usrah..
 Nabi SAW pun jadi mutarabbi sblum jd murabbi..refer sjarah NAbi SAW dri Gua hira'..al muddathir..al muzzammil..
 Life style anti..suka advnture..suka fotografi..antara yg mnarik dikongsi ngn ank2 usrah
hidup bersama dia...dlm ibadah..dlm khidupan..makan mnum..ziarah kluarga..maka kita akan dpt ukur ilmu, kperibdin dan iltizam nya


Asas yang ke lima ( mengenal HATI ) menurut Imam Ghazali :
...jika direnung hal keadaan HATI maka ada 5 ehwalnya :
1. Hati tempat malaikat turunkan ILHAM..manakala syaitan menurunkan was-wasnya...
2. Banyak perkara yang membimbangkan HATI ..seperti HATI jadi medan peperangan antara tentera hawa nafsu dengan tentera aqal yang perlukan kawalan dan tidak boleh dilalaikan...
3. Banyak khawathir yang melintangi HATI..bagaikan anak panah yang jatuh padanya, bagaikan hujan yang turun padanya siang dan malam..
4. Banyak pula penyakit-penyakitnya namun penawarnya amat payah kerana HATI tak dapat dilihat,..maka perlukan penilaian berpanjangan, halus tilikannya dan perlukan banyak riyadhah iaitu latihan dan pengajarannya..
5. Kebinasaan HATI pula terlalu cepat, kegelinciran lebih cepat dari kuali yang penuh dengan minyak yang menggelegak...'Tidak dinamakan HATI melainkan kerana mudahnya ia berbolak balik'...

Asas yang ke empat ( mengenali HATI ) :
..sesungguhnya HATI adalah satu perbendaharaan bagi segala permata bagi diri manusia yang bernilai, dan segala arti kemuliaan dan kebesaran..yang pertama iaitu AQAL dan kemuncak kemuliaan ialah MAKRIFATULLAH, yang mana ianya menjadi sebab kepada kebahagiaan dua dunia iaitu DUNIA dan AKHIRAT...


Tarbiyyah mestilah menyentuh ruh, aqal, hati dan nafsu ..tarbiyyah yg bjaya menyentuh, mengisi, membentuk dan menyucikan keempat 'diri'manusia itu ..manusia itu pasti berubah..


Tarbiyyah ruhiyyah menurut skima Al Muzzammil..qiyamullail, baca al Quran dengan tartil, zikrullah, bersungguh dan ikhlaskan ibadah dan berserah-bersandar hati padaNya..nescaya lahir akan peribadi da'ie ruhi..


..selagi manusia itu masih ada hatinya, maka ia masih ada harapan untuk didakwah kepada petunjuk Allah....

Nasihat itu sangat berharga!

Thursday, March 7, 2013

Nasihat berharga yang aku dapat malam ini :) Ingin menjadi the OSEM person? 

Bile bangun pagi, niatkan dalam hati bahawa 'hari ni, aku buat keje walaupun sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara adalah semata2 kerana Allah' 

:: bila hati da nekad kerana Allah, pasti tiada lagi mengharapkan balasan @ penghargaan daripada manusia.. Tapi harapkanlah kebaikan dan balasan daripada Allah .. Ayuh tajdid niat !


FLAGCOUNTER

free counters