Warkah Cinta Kandis

Sunday, December 30, 2012


Warkah Cinta Kandis



7 Disember 2012 (Jumaat) : Aku bergerak ke bumi Waqafan, Kandis, Bachok, Kelantan dengan menaiki bas bersama sahabatku, Faris dari KT ke tempat Daurah. Kandis, tanah yang subur dengan cahaya ilmu yang menyinari masyarakat di sekitarnya. ‘Pondok Moden Kandis’ itulah namanya tempat yang bakal ku berkampung selama 1 minggu untuk menadah ilmu, sebagai bekalan dan persiapan diri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Pertama sekali, sudah tentu perbetulkan nawaitu terlebih dahulu aku datang ke Daurah Kitab ini, agar niat yang suci murni sentiasa berada diatas jalan yang lurus. Sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat. Aku berharap dengan hati yang penuh tawajuh untuk menuntut ilmu yang menjadi fardu ain bagiku untuk belajar. Moga-moga hikmah aku peroleh daripada yang Maha Esa. Ikhlaskan niat di hati, pasti dipermudahkan oleh yang Maha Pemberi, Allahu Rabbul Alamin.

Ahaa..Tenkiu kepada organizer Daurah Kitab (DATAB)  ini, Biro Kerohanian Moral dan Disiplin (BADAM) IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.. Jazakumullahukairan jaza’ kerana sudi membuka peluang kepada kampus lain untuk sama-sama menyertai.


8 Disember 2012 (Sabtu) : Bermulanya sebuah episode pengembaraan ilmu di bumi waqafan ini. Aaha..nikmatnya udara segar yang ku hirup disini..betapa freshnya..Alhamdulillah..apa tidaknya, seawal jam 5 pagi aku dah bangun daripada lambung tidur yang lena..dan mandi terus bersiap sedia untuk solat Subuh di Masjid Qudus.. Beruntungla bagi sesiapa yang sempat solat sunat 2 rakaat sebelum masuknya waktu subuh..dan juga solat sunat qabliyah subuh..ganjaran pahala  yang dijanjikan Allah lebih baik daripada isi dunia ini.. MasyaAllah.. ayuh rebut ganjaran ini yang tiada tandingannya.. Janji Allah dan Rasulnya pasti benar..

Kitab Minhaju Salam karangan oleh Sheikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Al-Badwi Assambawi dan Muhimmah karangan oleh Sheikh Abdullah Ibni Abdul Rahim Fathani yang ditalaqqi musyafahah bersama masyaikh yang hebat disini. Berguru dengan guru pondok pasti adab menuntut ilmu yang ditekankan nombor 1. Haha, sangat berbeza suasana pembelajaran di kampus.,. insyaAllah barakah Allah pasti turun kepada hamba-hambaNya yang menuntut ilmu-Nya dengan hati yang khusyu’ dan khudu’..  Pendek kata, kitab minhaju salam membicarakan hal-hal feqah, mengenai thaharah, wudu’, solat, haid, dan lain-lain lagi..


Best.. sangat menyeronokkan..betul3.. haha.. Pelbagai ilmu baru diperolehi dan kesangsian yang menghantui minda sebelum ini akhirnya terjawab.. Kitab Muhimmah pula menyentuh pasal perkahwinan. Ianya lebih menfokuskan kepada golongan isteri supaya tidak derhaka kepada suami. Ingat kaum isteri, syurga terletak di bawah tapak kaki suami.. memang tak dinafikan rumah tangga pasti ada pergolakan atau keretakan jika tak dipandu bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.. ibarat air laut, pasti ada ombak..kadang-kadang surut, kadang –kadang pasang.. begitulah lumrah kehidupan.. kepada yang dah berkahwin, uruskanlah rumah tangga anda dengan sebaik-baiknya, semaikanlah sifat pemaaf dan bertolak ansur.. yang belum berkahwin, ahha, fikir-fikirkanlah semasak-masaknya, kahwin bukan main-main, hari ini kahwin esok cerai..haha.. bukan begitu dong.. suami isteri nak hidup berbahagia hingga ke penghujung hayat.. Pilihlah pasangan hidup anda yang terbaik sebagaimana saranan Rasulullah. Kata Tok Guru kat tanah waqafan ini, nak kenal fe’il isteri yang sebenar adalah selepas kahwin..jika feil  yang dipamerkan sebelumnya, kebanyakannya dusta bukanlah mempamerkan sikap yang sebenar.. jadi bagi kaum lelaki, awas jangan terpedaya.. haha..

9 Disember 2012 (Ahad) : Episod ‘tholabul ilmi’ masih diteruskan. Waah, ternyata seronoknya kehidupan di sini..keseronokan yang tak tergambar dengan kata-kata, mahupun tulisan..hanya Allah sahaja yang tahu. Kagumnya aku dengan para penuntut ilmu di sini. Seusai menunaikan solat subuh, mereka membaca Wirdu Latif.. Selepas Asar, mereka membaca hizb bahri.. selepas maghrib, mereka membaca ratib alhaddad. Pendek kata, lidah penuntut ilmu disini sentiasa dibasahi dengan zikir-zikir. Bukankan dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Bahlan qasidah menjadi alunan hiburan pengubat jiwa yang gersang ini dan ketandusan Cinta Rasulullah S.A.W. Moga mendapat keberkatan baginda. Sollu ala Nabi.. Allahumma Solli ala Muhammad..  Alhamdulillah, bersyukur.



10 Disember 2012 (Isnin) : Langit cerah. Burung-burung berkicauan tanda keriangan berada di bumi waqafan ini.. owh.. sungguh damai  yang kucari selama ini berada di sini rupa-rupanya. Misi menadah kitab masih diteruskan bersama guru-guru pondok di sini.



11 Disember 2012 (Selasa) : Aku masih ingat lagi malam itu aku dipelawa oleh sahabat-sahabat KDRI untuk pergi ke Pusat Tarbiyah Islam Kelantan atau nama glamournya PUTIK. Malam itu ada ‘talk’ daripada sheikh Muhammad Ali As-Sobuni, Ketua Ikatan Persatuan-persatuan Ulama’ Syria. Beliau menyampaikan talk pasal kondisi yang membimbangkan di Syria.


Teringat sabda Rasul yang tercinta, mereka yang tak mengambil berat urusan umat Islam yang lain, bukanlah daripada kalangan baginda.

Antara petikan kata-kata ucapan Sheikh Muhammad Ali As- Sobuni


Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:



1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH.. 


12 Disember 2012 (Rabu) : Hari demi hari berlalu dengan pantas. Berjalan Tanpa Henti Menuju Makrifatillah..Alhamdulillah, hari ini tak disangka-sangka berpeluang solat zohor secara berjemaah berimamkan, Tuan Guru Nik Razi (adik kepada Menteri Besar Kelantan) di Masjid Qudus. Beliau berkesempatan menyampaikan kuliah zohor yang mengingatkan Jemaah zohor supaya merebut peluang menggunakan masa yang ada di muka bumi sebaiknya. Mati itu pasti. Syurga dan Neraka itu benar. Beramal lah sementara jantung masih berdegup di dunia ini.


13 Disember 2012 (Khamis) : Jiwa muda memang semangatnya membara. Jiwa-jiwa penuntut ilmu disini masih segar dan bersedia menimba ilmu daripada tok-tok guru di taman ilmu ini. Di sini juga mekarnya tali persaudaraan sesama muslim dengan sahabat-sahabat variasi IPG. Alhamdulillah..Mengenali kalian yang berjiwa murabbi menyegarkan iman..


14 Disember 2012 (Jumaat) : Hari terkahir kakiku berada disini.. Moga-moga masa yang mendatang aku berkesempatan lagi menyibukkan diri dengan majlis ilmu dan menghadiri daurah di tanah yang tercinta. Akan ku kenang warkah cinta ilmu Kandis berputik..

Saksikan video khas Daurah Kitab yang disediakan oleh sahabat Hazwan Khalid di you tube :)


Bersama ini aku kongsikan nota yang disediakan sahabatku : Faris Ikhwan Moga ia bermanfaat :)

Perkongsian ShortNote Sepanjang Daurah Kitab Thurath Pondok Moden Kandis 2012 (Siri 1). Hanya berkongsi berkenaan dengan hal-hal yang jarang didengar/mengelirukan sahaja. (^_^)

# S: Seperti yang kita tahu Allah Maha Pencipta. Bolehkah Allah ciptakan satu lagi Allah? J: Tak boleh. Ini adalah perkara mustahil bagi Allah. Namun, ini tidak menjadikan Allah itu lemah.

#Jika air dalam kolah berubah walaupun dah lebih 2 kolah maka tak boleh dibuat bersuci, tapi kalau air tu tetiba berubah elok balik dengan sendirinya, maka boleh balik dibuat bersuci.

#Keluar segala sesuatu selain mani di bahagian qubur/dubur, suci ataupun tidak, tetap najis.

#Sah tayamum dengan debu yang diterbangkan angin lalu melekat di bahagian anggota tayamum kita.

#Dikisahkan seorang pengembala itu hanya mempunyai sedikit sahaja air yang digunakan untuk berwudhuk namun dalam masa yang sama lembunya sedang dahaga yang amat, pengembala itu wajib bagi air itu kepada lembunya dan pengembala itu kena bertayamum.

#Jika seorang khatib itu bertayamum kerana ketiadaan air lalu melakukan khutbah jumaat, dia kena bertayamum sekali lagi pula apabila hendak bersolat jumaat.

#Solat jenazah menjadi sunat bukan fardhu kifayah dalam hal tayamum.

#Waktu syuruk itu adalah 28 minit selepas habis waktu subuh.

#Kalau terlanggar lembu, apabila diperiksa darah mengalir keluar daripadanya adalah perlahan, jika disembelih tetap tidak halal. Namun, jika sebaliknya halal.

#Kalau kahak kita sudah naik sehingga ke paras sebutan makhraj "ha", haram telan balik sebab ianya kotor walaupun bukan najis.

#Seseorang perempuan yang kali pertama kedatangan haid, namun sekali mari melebihi 15 hari, hukumnya akan jadi 1hari/semalam haid sahaja. Masyarakat kita kini banyak yang berhukum dengan melihat kepada adat kebiasaan ibunya atau adik-beradik perempuannya. Itu salah. Solat yang ditinggalkan wajib qada' sepanjang tempoh itu.

#Sebanyak2 hari keluarnya darah nifas adalah 60 hari dan paling sebentar adalah sedetik iaitu walaupun darah yang keluar hanyalah setitik tetap dikira sebagai nifas jika ianya keluar selepas daripada rahim kosong iaitu dengan selesainya melahirkan anak.


#Sekurang2 umur bagi perempuan mula berhaid adalah 9 tahun mengikut bulan Islam atau 3240 hari kelahirannya atau kurang sedikit daripadanya iaitu 15 hari dan ke bawah. Maksudnya, jika perempuan itu keluar darah 16 atau 17 hari keatas sebelum genapnya umur 9 tahun maka ia dikira bukan lagi haid.


#Haram bagi perempuan yang bimbang darah haidnya menitik untuk lalu dalam masjid. Namun, jika ada penghalang (yakin tidak menitik) hukumnya makruh sahaja.

#Haram juga bagi perempuan yang berhaid untuk berhenti walau sekejap di dalam masjid, malah menyandar di dinding masjid serta tangganya juga haram kecuali darurat.

#Nabi Yunus as adalah manusia pertama yang menunaikan solat asar di atas muka bumi.

#Allah mengurniakan keredhaan-Nya untuk orang yang bersolat di awal waktu dan bagi yang bersolat di akhir waktu, Allah mengurniakan kemaafan. Antara Redha dan Maaf, mana lebih tinggi? Redha!

#Ilmu itu umpama binatang buruan, untuk mengikatnya adalah dengan mencatit.

#Jika bangkai semut ada dalam baju kita lebih daripada 3 ekor, dikira menanggung najis.

#Bulu binatang yang tidak boleh dimakan yang melekat pada badan atau pakaian kita, jika sedikit dimaafkan tapi jika banyak dikira najis.

#Jika solat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa memastikan dahulu sudah masuk waktunya atau belum dikira tidak sah, walaupun kebetulannya memang betul2 sudah masuk waktu. Kena yakin.

#Kalau makmum bagi salam sebelum imam habis bagi salam kedua, batal fadhilat solat berjemaah. Tapi solatnya sah. 

#Solat berdiri adalah rukun yang wajib dibuat. Walau sakit seteruk manapun jika masih mampu berdiri, berdirilah. Bila sampai waktu rukuk, sujud dan lain2 takper tak mahu berdiri pun. 

#Masih belum dikira tama'ninah jika tangan atau kepala masih bergerak sekalipun badan dah tetap kedudukannya.

#Imam Ghazali: " Hati yang mati adalah hati yang tidak berasa bersalah apabila melakukan dosa."


#Disunatkan selepas solat sunat fajar, berbaring atas lambung kanan sambil menongkat pipi dengan mengadap kiblat sementara tunggu iqamah malah disunatkan berdoa lagi masa tu. Sunnah Nabi saw. Jom buat beramai-ramai, jangan tidur dah la. Hehe 


#Sesiapa yang bersolat sunat 4 rakaat sebelum asar, dia termasuk golongan yang didoakan oleh Nabi saw.

#Sunat bersolat di belakang tiang tapi "erong" ke tepi sikit, jangan betul2 mengadap sekira2 jaraknya 3 hasta.

#Sesiapa yang hendak menjaga Al Qur'an, jangan tinggal solat sunat witir.

#Jika tertinggal doa qunut solat witir dalam 15 malam terakhir ramadhan, sunat sujud sahwi. Solat sunat witir juga afdal dilakukan berjemaah dalam bulan ramadhan tidak pada bulan lainnya.

#Lebih afdhal baca satu surah penuh dalam rakaat solat walaupun pendek daripada baca satu ayat walaupun panjang.

#Jika terlelap sebentar dalam solat, tidak batal solatnya andai masih mendengar bacaan imam/masih sedar walaupun fikiran dah "koya".

#Batal solat andai kain yang berada di sebahagian daripada tubuh kita yang bergerak dengan pergerakan solat, menutupi dahi kita ketika sujud. Tapi jika kain yang dihamparkan di atas lantai takper.

#Kalau imam terbatal solat, berpura2lah menutup hidung lalu keluar di celah2 jemaah makmum, jangan lalu ikut depan makmum. Andai tak boleh lalu jugak, duduk je la kat depan tu. Hihi 

#Berdehem ketika solat dengan sengaja membatalkan solat kecuali ketika membaca surah Al Fatihah dengan tujuan untuk melancarkan bacaannya yang tersekat.

#Kalau tak sengaja bercakap dalam solat tidak membatalkan solat dengan syarat sedikit perkataannya. Menurut Imam Syafie, sedikit itu 6 patah perkataan.

#Bagi orang yang tidak mempunyai/diberikan pakaian walaupun seurat benang misalnya di dalam penjara sekalipun, wajib juga kena sembahyang, boleh juga berjemaah jika ramai tapi dengan syarat semua jemaah wajib menutup mata mereka

#Niat qasar solat, wajib diniatkan ketika takbiratul ihram, namun kalau niat jamak sebelum bagi salam pun boleh berniat lagi.

#Jamak/Qasar ini dikira dengan "tujuan destinasi kita hendak ke mana serta dari mana kita mulakan perjalanan". Andai dalam perjalanan kita berhenti di rumah kita sekalipun, masih juga dibenarkan solat jamak/qasar sekiranya rumah kita itu bukanlah tempat kita memulakan perjalanan dan bukan juga destinasi tujuan kita. Faham?

#Wajib bagi jemaah sesebuah masjid itu bersolat jumaat jika bilangan jemaah bermastautin yang hadir sudah cukup 40 orang walaupun jika dikira hanya sedikit yang faham, betul2 pandai bersolat beserta segala rukunnya TAPI solat itu tidak sah. Wajib solat jumaat walaupun tidak sah.


#Kalau solat minta hujan, disunatkan bawa keluar semua orang dan haiwan ternakan dalam wilayah itu sekalipun orang gila tapi orang gila tu tak sembahyang sekali la.


#Nabi saw memulakan perjalanan berhijrah ke Yathrib pada 27 Safa bukannya 1 Muharram.

#Waktu bermulanya takbir Hari Raya Aidilfitri adalah apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan manakala waktu dibenarkan untuk mula bertakbir Hari Raya Aidiladha pula adalah selepas solat subuh 9 Zulhijjah (Hari Arafah) namun masyarakat kita sekarang ini mengamalkan takbir bermulanya pada malam 10 Zulhijjah. Tak salah namun kurang tepat.

#Disunatkan solat 2 rakaat apabila berlaku gempa bumi, bencana alam, tsunami, ribut petir dan sebagainya. Afdhalnya sorang2.

#Kalau jatuh Hari Raya pada hari Jumaat iaitu hari yang sama, mengikut sirah diberikan kelonggaran bagi orang yang sudah pergi solat sunat Hari Raya serta mendengar khutbahnya untuk tidak lagi menunaikan solat Jumaat namun Nabi saw hanya memberikan kelonggaran ini kepada orang Islam yang tinggal berjauhan dari Madinah ketika itu sebagai rukhsah kepada mereka. Kalau sekarang guane pulak, rujuk la sirah ini balik. Biasanya orang zaman sekarang tidak berpayahan dalam soal ini lebih2 lagi jika tempat sembahyang Jumaat itu sememangnya berdekatan dengan rumah. Kalau duk jauh, payah untuk ke masjid macam orang asli tu boleh la tak pergi solat Jumaat. Hehe 

#Allah tidak akan menurunkan azab di sesebuah wilayah andai masih ada golongan muda yang bertaqwa, binatang ternakan yang meragut rumput di padang, orang2 tua yang mengimarahkan rumah Allah serta bayi2 yang sedang menyusu. Jadi kita semua sebenarnya berhutang dengan 4 golongan ini, hanya menumpang mereka.

#Doa kanak2 yang masih kecil belum baligh itu amat mustajab kerana mereka suci daripada dosa. Jadi jika mereka mendoakan kebaikan kepada kita cepat2 aminkan dan didiklah mereka untuk berdoa kepada kita yang telah dewasa.

#Masuknya waktu solat jenazah itu adalah selepas selepas selesai dimandikan dan dikafankan.

#Jika bayi yang baru dilahirkan itu mati ketika belum cukup sifatnya, maka tak perlu mandi.

#Jika bayi lahir, sempat hidup walaupun sebentar sahaja kemudian mati, wajib mandikan, kafankan, sembahyangkan dan tanam.

#Ketika Saidina Ali ra dan kaum keluarga Nabi saw memandikan jasad jenazah baginda Rasulullah, jasad baginda terangkat, terapung dengan sendirinya serta berbolak-balik dengan sendirinya dengan aurat baginda tidak langsung terbuka. Ini melegakan mereka yang memandikan jasad baginda kerana pada mulanya mereka tidak berani memegang jasad baginda dengan tangan mereka kerana menghormati jasad baginda saw yang amat mulia. Ini memudahkan mereka memandikan jasad baginda.

#Lelaki haram dikafankan dengan kain sutera, manakal bagi perempuan hanyalah makruh.

#Jika menguruskan jenazah yang mati ketika sedang berihram maka tidak boleh diletakkan kapur barus, wangian kerana semasa berihram semua ini haram juga.

#Bagi perempuan yang selalu berniqab, apabila hendak menunaikan ihram hendak juga berniqab, hanya boleh gantung kain dengan kayu diselitkan di atas kepala, labuhkan kain niqab itu di hadapan menutupi muka dengan kayu atas kepala itu, pastikan ada jarak sedikit dengan muka. Senang cerita tak boleh pakai seperti yang kita selalu pakai tu, belit2 tu tak boleh. Nak keluar daripada khilaf, tak perlu pakai.

#Solat jenazah itu adalah dengan 4 kali takbir tapi kalau buat lebih tak batal solat kerana Saidina Ali ra pernah bertakbir 5 kali ketika menyembahyangkan jenazah sahabat ahli badar.

#Disunatkan ketika solat jenazah, bagi salam penuh dengan menambah "...warahmatullahi wa barakatuh" tapi ketika solat2 lain hukumnya harus sahaja.

#Imam Ghazali: "Apa yang haram disebut, haram ditulis."

#Memadai meminta izin daripada suami sekali sahaja bagi yang keluar untuk bekerja setiap hari.

#Kalau saje2 nak test (uji) kesabaran suami dengan niat bergurau-gurau dengan suami masih belum dikira derhaka. Kalau dibawa kat mahkamah, menang isteri. ;)

#Mengikut mazhab Syafie, tak wajib bagi isteri memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan seumpamanya. Khidmat isteri yang diwajibkan ke atas suami hanya bersuka-suka dengan suami. Yang ni kena pandai2 fikir sendiri la suami isteri, kalau nak wujudkan rumahtangga yang baik, ingin menjadi suami atau isteri yang baik kena bijak serta pandai bertolak-ansur. Adakah cukup dengan khidmat di atas sahaja?

#Sunat suami melakukan kerja apa yang dilakukan oleh isteri.

#WAJIB BACA!! S: Apabila seorang perempuan itu berada dalam keadaan suci daripada haid ketika waktu asar, tapi beberapa saat/minit/detik sebelum masuknya waktu maghrib haidnya datang, soalannya solat manakah yang perlu dia qada'? J: Maka dia wajib qada' solat fardhu Zohor dan Asar.

#Pertunangan sunat dirahsiakan, kahwin sunat diwar2kan.

#Seorang suami boleh mengasingkan diri daripada isteri yang terdapat tanda2 derhaka walau beberapa tahun sekalipun sebagai pengajaran sehinggalah dia bertaubat, memohon ampun.

#Imam Ghazali: Seorang suami itu tidak akan menjadi seorang suami yang baik jika dia berkata dia tidak akan memukul isterinya, namun dia akan jadi suami yang baik jika dia dapat bersabar dengan isterinya.

#Jika suami tak mampu bagi nafkah kepada anak2nya, anak2nya tak boleh tuntut, namun isterinya boleh.

#Perkara pertama yang Nabi saw lakukan apabila memasuki rumah adalah bersugi.

#Perempuan yang berkasar dengan suaminya masih belum dikira derhaka, namun itu baru tanda bagi derhaka.

#Bukan nikmat yang dilihat, tapi lihatlah kepada siapa pemberi nikmat itu.

#Akhir kata, kata seorang Tuan Guru, "Pokok bukan sebatang, beruk bukan seekor!" ;D

>>Sekian, jika ada salah dan silap dalam ShortNote  ini mohon diperbetulkan. Khilaf itu rahmat, jangan sempitkan namun biar berbatas. WabiLlahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum.<<


FLAGCOUNTER

free counters