CERITA 'KERANA ILMU'

Sunday, April 10, 2011

PERKONGSIAN suatu kisah : kerana ILMU,




Ada seorg hmba Abdi,kerjanya mmberi khdmt kpda tuannya dgn cmerlg. Stlah sekian lama,akhirnya hamba tdi dibebskan tuannya. Sebaik keluar dri rumah tuannya, hamba tersebut terfikir,ke mana kakinya hrus mlgkah?di fikirnya tentang makan & minum, tempat tggal, pkaian dll.Kali ini dia harus hidup berdikari dan bermusafir sendirian. Setelah melalui sebuah perjalanan yg jauh,dari satu tempat ke satu tempat,akhirnya hamba tdi berhenti di satu tempat.Dia terdengar suara yang ramai dtg dri satu arh. Dia bertnyakan pda org dsitu. Kata org tersebut,dsini adlh tempt menuntut ilmu,sgalanya ada dsini,makan minum,tmpt tnggal dll. Akhirnya hamba tdi berhjt utk tnggl dsitu dan memulkan pngajian.Baginya tempt itu adlh tmpt yg sesuai dan baik utk drinya.Dengan berkt ketekunan dan ksgghn hmba tdi mnuntut ilmu,dia tlah berjya mnjdi seorg pljar yg cmerlg,mgtasi pljar2 yg lain.Tiada yg dpt mnndingi ilmunya.Selang beberapa ketika,ditakdirkan Allah, gurunya meniggal dunia dan tidk ada lgi pnggnti bgi gurunya itu.Akhirnya para pljar bersepkat melantik hamba tdi sbgai guru "sheikh" dtmpt mereka itu ats dsar hamba tdi seorg yg berpglman dan pljr yg pling pintar.Maka mulalah khdupan hamba tdi sbgai seorg guru dan dia sgt disenangi oleh para pljar.Suatu hari,dia dkunjungi oleh seorg kya bsma org2nya ats tujuan ziarah dan ingin sampaikan sumbangan. Setelah beberpa ketika, dia minta izin dari org kya tersebut utk berbicara 4 mata.Hanya dia dan org kya itu shja.Mereka ke satu tempat dan mulakan prbncgn. Dia berkta sesuatu berkaitan org kya itu. Namamu…nama ayahmu pula..atukmu..ibumu…sekian dan sekian..Maka terkjutlah org kya itu dan bertnykn pula,bgaimana kamu boleh mgthui tntg diriku??Org kya bertmbh hairan apabila org yg brda didepnnya mncertkan pula lokasi rumah dan almt rumah dengan tepat skali dan secara terperinci..Akhirnya,sgala terjwab..org yg didepnnya skrg adalh hamba shya yg dijganya slma ini..Org kaya itu bertnya,bgaiman khdupanmu boleh berubh sbgini??Hamba shya yg dknlinya itu mnjwab,sgla2nya kerana ILMU.ilmu lah yg merubh khidupanku,ilmu yg telah mgangkt drjtku dan sgla2nya krna ilmu..

Ksimpulannya dri kisah ini,tuntulah ilmu seikhlas2nya dan cintailah ilmu,hdirlah ke majlis2 ilmu dan rptkan hbgn dgn org2 berilmu (alim2 ulama)..Kerana khidupan kita dlm kjhilan,ibrt khidupn kita sperti myat..dimtikan sebelum tibanya saat kmtian yg sbnar dan umpma dikbumikan sebelum dikebumikan yg sbnrnya. Maksudnya dsini,hidup kita dlm kjhilaln tidk ada hrganya.Gelap tanpa arh tjuan dan tanpa chya yg boleh mnyinari khdupan kita. Yakinlah,kemulian org2 yg mnuntut ilmu dan berilmu dipndg mulia dsisi Allah.diangkt drjt kita stnggi2 darjt..500 kali drjat dan setiap stu drjat,jrknya 500 thun..masyaAllah btpa besrnya gnjran yg Allah kurniakan bt hamba2Nya yg berfikir. Selain itu,para Malaikat meredhai org2 yg mnuntut ilmu.Dihamprkn syapnya utk org2 yg mnnuntut ilmu melalui atsnya dan inilah tnda para Malaikat mlindungi org2 yg mnuntut ilmu.Muhsbahlah dri kita..kmana kita ingin ltakkan posisi dri kita??dlm klgn pncinta2 ilmu atau org jauh dri ilmu..tepuk dada tnya iman..wallahua’lam.

Menduakan Cinta-Nya

Wednesday, March 23, 2011

assalamualaikum...hari ini ana ingin berkonsi  sedikit pengisian mengenai cinta...memang diakui cinta itu memang satu fitrah insani yang Allah kurniakan kepada manusia...tapi bagaimana dan camner manusia nak menguruskan cinta itu? oleh itu, ana ingin memetik pengisian  drpd kolum Fatimah Syarha Mohd Noordin, dalam  Solusi isu no.29...ayuh sama-sama kita renungkan dan sebarkan...especially di masa dunia remaja yang tengah bergolak jiwanya...



Menduakan Cinta-Nya 



“Salahkah bercinta?”


“Allah yang hadirkan cinta, takkan tak boleh layan?”


“Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?”


Begitulah antara keluhan remaja kita. Banyak persoalan di minda yang masih belum terjawab. Siapa yang akan menjawabnya?


Adakah pengalaman orang dewasa  di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Atau logik minda mereka sendiri akan menjawab kesemua persoalan tersebut? Atau penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?


Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum (terpelihara) iaitu al-Quran dan sunnah, bukan mencari fatwa dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.


Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.


Al-Quran dan sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban dalam kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


“Aku meninggalkan kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.”
(Riwayat Malik)


Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya, bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah. Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.


Nasihat Buat  Remaja
Belek-beleklah panduan Al-Quran dan sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.


Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekali gus? Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan temuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog yang dipercayai, laman web para ulama dan sebagainya. Ini ialah jalan-jalan untuk kita lebih memahami al-Quran dan sunnah. Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerahlah kepada apa yang Allah kehendaki.


Syirik Cinta
Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.


Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t. sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah s.w.t. dengan selain-Nya. Allah s.w.t mendedahkan kepada kita dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:


“Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).”
Al-Baqarah 2:165


Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirk al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.


Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk dihatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.


Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.


Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati.


Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-Jalan “Taqrabu az-zina”
Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah  di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.


Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimana caranya?


Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja.




Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan? Dirimu belum bersedia untuk berumah tangga kan? Dirimu sedang mempersiapkan diri kan? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih penting kan?


Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ‘angau’ bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah dengan berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut.”
(Riwayat Ahmad)


Gentarlah pada firman-Nya ini yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(al-Isra’ 17:32)


Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah s.w.t. “janganlah kamu mendekati zina,” maknanya lebih dalam daripada “janganlah kamu berzina”. Firman Allah tersebut bermakna, “Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina.” (Tafsir al-Qurtubi, jil. 10, hlm. 253) Yakni, janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan apa-apa yang membawa kepada zina, apatah lagi sampai berzina. (Tafsir Ruh al-Ma’ani, jil. 15, hlm. 67-68, al-Imam al-Alusi al-Baghdadi, Tafsir Bahr al-Muhith, jil.6 hlm.33).


Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan.


Inikah Bukti Cintamu?
Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

FLAGCOUNTER

free counters